Thursday, January 11, 2018

Penting sangat ke SPM ni woi?

Okay. Since kita kecil, semua org suruh kita score exam2 besar ni kan? Apa benda exam besar ni kak? UPSR, PT3 and SPM dik. Okay, meh kita tengok apa guna semua ni. First, UPSR. Lepas dpt 5A apa yg kita boleh dpt selain phone baru? Pentingnya UPSR ni adalah untuk kita secure place kat sekolah2 'berprestij' yg ada kat Malaysia ni. Actually banyak lagi sekolah2 yg hebat, bkn hanya MRSM dan SBP. Ada sekolah berprestasi tinggi (sbt), rancangan khas negeri, sekolah menengah agama, sekolah harian, sekolah sains, sekolah seni yg khas utk budak2 yg berbakat, dan banyak lagi. Bila dh dpt masuk sekolah2 yg hebat, kita akan lebih yakin dgn masa depan kita sbb walaupun silibus semua sekolah lebih kurang je, cara ilmu tu diberi berlainan tau. Kebiasaannya sekolah top ni cikgunya mmg gempak kebaboom so kita akan lebih mudah utk faham sesuatu pelajaran.

Next, PMR or PT3! Okay, honestly aku mmg rindu zaman struggle ni. Bila dah lama2 mmg korang akan rindu those great moments. Eh yeke? haha. Yelah kan, sbb skrg korang just fokus fikir camne nk excel dlm exam besar ni. Tak payah fikir pasal yuran, tuan rumah kutip duit sewa kalau tak duduk bawah jambatan, awek merajuk sbb kau sibuk date dgn assignments, hutang dgn anak makcik rumah sebelah punya sepupu yg dah fly oberseas :O Hmm, baik. Eloklah kalau kita kembali ke topik asal kita, PT3. Apa pula gunanya PT3 ni? Antara tiga exam besar ni, aku boleh ckp nilah yg paling tak berguna sekali hahaha. TAPI. Hah besar tapi tu. For those yg menginginkan peluang kedua utk pastikan masa depan anda terjamin, PT3 amatlah penting! Mcm aku lah ni. Aku masuk SBP sbb aku excel koku and PMR, ecehh excel sangatt kan.

Penting tau masuk sekolah top waktu SPM, sbb nanti kawan2 kau semua top students so diorang punya lifestyle, pemikiran semua mmg aku boleh cakap high level even kita tak sedar. Otak diorang pun lain macam weh ==. Memetik kpd quote Will Durant, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit". Jadi mohon sedar bahawa orang2 sekeliling kita sgt penting utk pastikan kita jadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Alhamdulillah aku dulu dpt bestfriends package beriman dan berilmu. Mmg selalu ajak aku kumpul 27 pahala solat, turun surau dengar usrah, kalau aku down mmg dpt kaunseling baik punyaa apatah lagi kalau aku malas xD, cubitan2 ketam free, ajak solat Dhuha etc. Berilmu pulak, diorang ni mmg top students. Exam je mesti top 10 punya lah dlm batch, aku sorang je yg tak top hahah nasib kau lah labu dpt kwn cm aku. So dh boleh agak lah kan mcm mana aku 'dipaksa' utk belajar everyday? Actually tak. Aku tak pernah lah pulak kerana terpaksa aku relakan dgn diorang ni. Aku enjoy study dgn diorang ni. Tak rasa beban langsung sbb bila aku lost mmg dh ada buku teks bergerak yg suka membebel kt tepi aku ni. Jadi, make sure cari kawan yg boleh tolong awak dunia akhirat hokay! Pilih gaiss jgn tak pilih!

So, dah boleh agak lah kan SPM ni mmg penting. Nak ke mana2 pun mmg guna SPM. Kerja pun dia tengok SPM tau. Kalau tak score SPM atau slack satu subject (berdasarkan pengalaman ramai, yg ni mmg frust gila oii), mmg korang akan menyesal sampai bila2. Sebelum terlambat, pesanan hakak kpd adik2.. Tolonglah diri adik sendiri, jgn sampai diri adik yg akan dtg menyesal dgn diri adik yg sekarang. Tak teringin ke tengok diri sendiri ambil slip result atas pentas sambil mak ayah menangis terharu kat bawah? Straight As SPM ni mmg org respect gila. Sbb tu takde semangat mcm mana pun adik skrg, please bangun, ambil wudhu' and paksa diri study betul2. SPM ni kena mmg study dari awal, start daripada form 4 kita dah kena speed up. Bagi kes aku, especially addmath lah haha.

Mak ayah hantar pergi tuition, kelas tambahan or ada juga yg sanggup upah private tutor. I tell you what, byk mana pun effort org sekeliling kau, hebat mana pun besties kau, kalau diri sendiri tak buka hati nak cuba utk terima ilmu dan mula utk belajar, tak guna semua tu. In the end, dlm exam hall tu hanya usaha dan tawakkal kau selama ni yg tentukan nasib kau. Allah takkan bantu sesuatu umat sehingga dia bantu diri dia sendiri, kan? Lepas struggle punya struggle, hakak doakan adik semua sedar kepentingan SPM dan berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Aminn.

Penting sangat ke SPM ni woi?

Okay. Since kita kecil, semua org suruh kita score exam2 besar ni kan? Apa benda exam besar ni kak? UPSR, PT3 and SPM dik. Okay, meh kita t...